Sunday 14 August 2011

DiaBeTis BeBas iNSuLiN - JeNis KeDua. (TyPe II DiaBeTeis)














Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi man
 pesakit yang menghidap diabetes jenis 2 selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol tinggi sekali gus meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Inilah punca kebanyakan kematian pesakit diabetes jenis 2. Terdapat dua jenis faktor risiko penyebab diabetes jenis 2 ini iaitu faktor risiko kekal dan boleh ubah.
Faktor risiko kekal ialah faktor genetik, umur dan etnik, manakala faktor risiko boleh ubah pula melibatkan berat badan dan aktiviti fizikal, ujarnya.

MAKANAN manis dan mengandungi karbohidrat yang tinggi perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.

Di Malaysia etnik yang paling ramai menghidap diabetes ialah India diikuti Melayu dan Cina.
Jelasnya, faktor lain yang menyebabkan diabetes ialah berat badan dan aktiviti fizikal. Jika berat seseorang itu semakin meningkat sehingga obes, semakin tinggi risiko menghidap diabetes dan seseorang yang tidak aktif juga berdepan dengan risiko yang sama.
Impak diabetes terhadap seseorang pesakit sangat besar dan mendatangkan banyak komplikasi. Ia merupakan penyakit keenam yang menyebabkan kematian dan pada masa yang sama menurunkan jangka hayat penghidapnya di antara lima hingga ke 10 tahun.
Pesakit diabetes juga berisiko menghidap penyakit kardiovaskular antara dua hingga empat kali ganda selain mengalami kerosakan saraf, amputasi, buta dan kegagalan buah pinggang, jelasnya.
Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan satu daripada lima dewasa berpotensi menghidapnya.
Ia merupakan angka amaran yang sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian. Dulu kita anggap bahawa penyakit ini hanya melibatkan orang-orang kaya sahaja, namun kini senarionya berubah kerana ia turut berlaku pada orang yang tinggal di luar bandar.
Dalam tempoh sedekad, lebih ramai masyarakat luar bandar menghidap diabetes, jadi kita perlu mendidik mereka, katanya.
Mafauzy mengakui bahawa peningkatan bilangan pesakit diabetes ada kaitannya dengan obesiti sehingga ia dikenali sebagai diabesiti.

UBAT-UBATAN mungkin kurang berkesan jika pesakit diabetes tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam dan tidak mematuhi nasihat doktor. Gambar hiasan

Kebanyakan pesakit tidak dapat mengawal tahap glukosa dalam darah ke tahap normal kerana penyakit ini menyebabkan tahap glukosa dalam darah meningkat.
Walaupun menjalani rawatan diabetes yang sedia ada, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik, jelasnya.
Sesetengah rawatan diabetes menyebabkan seseorang itu mengalami pertambahan berat badan dan sering dikaitkan dengan risiko hipoglisemia. Ia merupakan satu keadaan tahap glukosa darah berada di bawah tahap normal yang boleh menyebabkan tanda-tanda serius dan koma.
Bagi mengatasi masalah tersebut, syarikat farmaseutikal dan peneraju penyakit diabetes, Novo Nordisk melancarkan liraglutide untuk merawat diabetes jenis 2 di Malaysia.
Liraglutide membantu mengembalikan tahap glukosa darah pesakit pada tahap normal dengan suntikan sekali sehari. Ia boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan.
Liraglutide bertindak balas dengan mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika terlalu tinggi. Ia merendahkan tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko glukosa menjadi terlalu rendah.
Sebahagian besar penghidap diabetes di Malaysia menghidap diabetes jenis 2. Ia boleh dikaitkan dengan peningkatan jumlah mereka yang obes.
Ubat baru ini merupakan pencapaian penting dalam rawatan diabetes kerana ia turut membantu pesakit menurunkan berat badan, satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2.
Penambahan berat badan merupakan kesan sampingan daripada kebanyakan rejimen rawatan diabetes jenis 2 selain meningkatkan risiko penyakit berkait dengan obesiti
pesakit diabetes jenis 2 boleh mengawal tahap glukosa darah di samping menurunkan berat badan.
Suntikan sekali sehari yang tidak bergantung kepada waktu makan ini juga boleh meningkatkan disiplin pesakit dalam pengambilan harian dan mempertingkatkan hasil rawatan, 


No comments:

Post a Comment

 
Free Blogger Templates