Wednesday 24 August 2011

Diabetes jenis pertama(bergantung pada insulin)



Diabetes jenis pertama (I) atau dikenali juga sebagai diabetes bersandar in sulin(IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) ataudiabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Pada kebiasaannya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit ini semasa kanak-kanak atau remaja. Ini berpunca dari kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.


· Pesakit diabetes bersandar insulin boleh menjalani kehidupan seperti biasa selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut jika mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini berpunca dari penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Jika situasi ini berlarutan, ia akan mengakibatkan pesakit kencing manis menjadi koma dan seterusnya menemui maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin dan digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% penghidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko menghidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.


· Diabetes bersandar insulin pada kebiasaannya lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin berpunca dari genetik, kesedaran yang lebih luas di kalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran di kalangan masyarakat Asia mengenai penyakit kencing manis di kalangan kanak-kanak. Jika lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin, ia boleh membawa maut. Oleh itu, jika sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, penghidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes di kalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes di kalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.



· Penghidap diabetes bersandar insulin biasanya perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa perlu menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting bagi membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

Walau bagaimanapun jika sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin boleh berlaku.








No comments:

Post a Comment

 
Free Blogger Templates